Panduan Amalan Litigasi di Malaysia

Author: Nahendran NAVARATNAM & Gopal SREENEVASAN
Pub Date: 2006
Publisher: S&M
ISBN / ISSN: 978-983-2631-61-3
Binding: Soft cover
Price: RM 120.00
Panduan Amalan Litigasi di Malaysia merupakan sebuah buku yang ditulis khusus untuk memberi panduan tentang amalan litigasi di Malaysia. Ia ditulis dari perspektif tempatan oleh dua orang pengarang yang mempunyai pengalaman amalan yang luas. Ini adalah sebuah buku yang sangat berguna dari segi amali dan ia memberi panduan dan petunjuk yang amat praktikal.
Teknik penyelidikan undang-undang telah diterokai dengan mendalam. Ini termasuklah garis panduan kaedah penyelidikan di tahap-tahap berlainan sesuatu kes, penyelidikan kes dan perundangan serta penyelidikan menerusi Internet menggunakan Westlaw dan LexisNexis.
Seni kepeguaman yang cuma boleh dipelajari menerusi pengalaman dibincangkan secara meluas. Cara bertutur di mahkamah, kaedah menjalankan pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas, teknik berkesan untuk berhujah dan menekankan penghujahan serta kaedah mengendalikan kes di mahkamah semuanya dipertimbangkan.
Isu-isu tertentu dalam amalan seperti pengurusan fail, penggunaan bahasa yang betul, sistem diari, penyerahan keterangan, remedi pre-emptif, penzahiran dan prosiding pelaksanaan dibincang dalam bab-bab berasingan.
Buku ini, yang merupakan edisi Bahasa Malayu buku Malaysian Litigation Practice Guide, adalah sebuah panduan yang sungguh berguna yang seharusnya dimiliki oleh setiap peguambela baru dan pelatih dalam kamar.
Kandungan
- Permulaan: Latihan dalam Kamar
- Pengurusan Fail
- Bahasa dan Gaya
- Sistem dan Pengurusan Diari
- Penyelidikan
- Pendrafan
- Remedi Pre-emptif
- Penzahiran
- Keterangan
- Prosiding Pelaksanaan
- Seni Kepeguaman
Readership
Legal practitioners, academicians, chambering pupils and final year students
Jurisdiction
Malaysia